Bayangkan
anda mencintai seseorang tetapi orang itu tidak mencintai anda, tentu
menyakitkan. Tetapi, anda lebih kecewa apabila anda mencintai seseorang
tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memberitahu apa yang anda
rasakan.
Percaya atau tidak, anda memerlukan seminit untuk
tertarik kepada seseorang, sejam untuk menyukai seseorang, sehari untuk
mencintai seseorang tetapi mengambil masa seumur hidup untuk melupakan
seseorang yang anda cintai.
Mungkin Tuhan sengaja menemukan kita
dengan seseorang yang tidak sepadan sebelum kita ditemukan dengan orang
yang sehati sejiwa. Justeru, apabila kita bertemu dengan orang yang
tepat, kita akan mengetahui betapa berharganya anugerah itu.
Cinta
adalah ketika anda dibuai perasaan, kesabaran dan romantis dalam suatu
hubungan serta mengetahui bahawa anda amat mengambil berat mengenai si
dia.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu
seseorang yang sangat bererti bagi kita, namun akhirnya kita terpaksa
membiarkan dia pergi. Ketika pintu kebahagiaan tertutup, yang lain
terbuka.
Tetapi kadangkala kita menatap terlalu lama pada pintu
yang tertutup itu sehingga kita tidak melihat pintu lain yang terbuka
untuk kita.
Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa
berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah
mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
Memberikan seseorang semua cinta tidak pernah menjamin bahawa mereka akan mencintai anda.
Jangan
mengharapkan cinta sebagai balasan, tunggulah sampai cinta itu berputik
di dalam hatinya. Tetapi jika tidak, pastikan dia tumbuh dalam hatimu.
Ada
hal yang sangat ingin anda dengar tetapi tidak akan pernah anda dengar
daripada seseorang yang anda sukai. Tetapi jangan sampai anda menjadi
tuli walaupun tidak mendengar luahan hatinya.
Jangan pernah
mengucapkan selamat tinggal jika anda masih ingin mencuba. Jangan
menyerah selama anda berasa masih ada harapan. Jangan pernah berkata
anda tidak mencintainya lagi walhal tidak sanggup membiarkan dia pergi.
Cinta
datang kepada mereka yang masih mempunyai harapan walaupun sering
dikecewakan. Cinta hadir kepada mereka yang masih mempercayai, walaupun
kerap dikhianati. Cinta juga menghampiri mereka yang masih ingin
mencintai, walaupun berulang kali disakiti dan kepada mereka yang
mempunyai keberanian serta keyakinan untuk membina kembali kepercayaan.
Janganlah mudah berputus asa.
Jangan melihat daripada wajah, itu
boleh menipu. Jangan melihat kekayaan, itu boleh luput. Berharaplah
kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum kerana sebuah senyuman
dapat membuat hari yang gelap menjadi cerah.
Berharaplah anda
bertemu seseorang yang dapat membuat anda tersenyum. Ada saat dalam
kehidupan apabila anda sangat merindukan seseorang, ingin menemui dan
memeluknya.
Berharaplah anda dapat mimpikan si dia, pergilah ke
mana saja anda ingin kunjungi, jadilah sesuai dengan keinginan anda
kerana anda hanya hidup sekali dan satu kesempatan untuk melakukan apa
diinginkan.
Semoga anda memperoleh cukup kebahagiaan, cukup
dugaan untuk membuat anda kuat, cukup penderitaan untuk membuat anda
menjadi manusia yang tabah dan cukup harapan untuk membuat kamu
berbahagia.
Selalu letakkan diri pada posisi orang lain. Jika anda berasa itu menyakitkan, mungkin ia akan menyakitkan orang lain.
Orang
yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka
melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka
yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang
mencuba.
Cinta bermula dengan senyuman, tumbuh dengan kemesraan
dan berakhir dengan air mata. Masa depan yang cerah berdasarkan pada
masa lalu yang dilupakan, Anda tidak dapat melangkah dengan baik dalam
kehidupan hingga anda melupakan kegagalan dan rasa sakit hati.
Ketika
lahir, anda menangis dan semua orang di sekeliling tersenyum. Hiduplah
dengan hidupmu, justeru ketika anda meninggal dunia, anda satu-satunya
yang tersenyum dan semua orang di sekeliling menangis.